Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

PTK 44 : Misi dan Visi Yang Jelas

3.1 Misi dan visi yang jelas dan difahami oleh warga sekolah.

Sebuah sekolah yang berwawasan mesti mempunyai misi dan visi dalam dasar pengurusannya. Misi dan visi inilah yang akan menjadi hala tuju bagi semua warga sekolah samada untuk membangun atau mundur.Menurut Ederis (2004), visi memberi arah tuju oeganisasi, mewujudkan perasaan mampu mengawal keadaan, mendorong warga organisasi supaya memberi pencapaian cemerlang dan menjadikan organisasi kukuh dan berdaya saing tinggi. Seorang pemimpin yang berkarismatik berupaya membuat keputusan dan mempunyai visi untuk memandu organisasinya kearah keadaan yang lebih baik pada masa depan, Ainon Mohd.(2003). Visi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 ialah menjadi sekolah cemerlang di zon Pasir Gudang pada tahun 2009.
.
Misi merupakan pernyataan bagi menyatakan tugas atau peranan organisasi yang perlu dilakukan untuk capai visi organisasi . Ringkasnya misi adalah pernyataan yang menjawab mengapa,untuk apa kewujudan organisasi tersebut, Aminuddun (2005). Misi Sekolah ialah merealisasikan visi SMK Seri Alam 2 dengan;

1.Mengutamakan kecemerlangan akademik dan kokurikulum
2. Menerapkan nilai moral dan disiplin yang tinggi
3. Memantapkan program yang berkualiti
4. Menyediakan prasarana yang selamat,bersih dan ceria
5.Menjalinkan pemuafakatan dengan komuniti
6.Memantapkan budaya ’Sekolahku kebanggaanku’
Misi dan visi Sekolah ini mestilah difahami dengan jelas oleh semua guru di sekolah supaya segala perancangan dan usaha yang dilaksanakan di sekolah ini akan menuju kearah yang sama. Langkah ini akan dapat membentuk satu pasukan rakan sekerja yang dapat bekerja secara sepasukan.
Kami pihak pentadbiran sekolah telah melakukan beberapa langkah untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada guru-guru mengenai misi dan visi Sekolah Menengah Seri Alam 2 . Kami sentiasa menyebutkan misi dan visi sekolah dalam setiap kali ada ruang pertemuan dengan guru-guru seperti mesyuarat, perhimpunan rasmi mingguan , jamuan-jamuan ,mesyuarat agung PIBG , kejohanan sukan tahunan sekolah dan majlis hari terbuka sekolah .Kami sentiasa mendedahkan dan menyiarkan misi dan visi kepada semua warga sekolah melalui poster kecil yang ditampal dan digantung di bilik-bilik pejabat, bilik guru, bilik darjah, di pusat sumber, di bilik-bilik khas dan di dewan,di pondok pengawal keselamatan, di surau sekolah dan di kantin.Menulis misi dan visi sekolah di dinding yang strategik di kawasan sekolah. Ini telah dapat mendedahkan misi dan visi sekolah sentiasa dapat dibaca dan dihayati oleh semua warga sekolah.Kami juga melaksanakan pertandingan melukis poster bertemakan misi dan visi sekolah kepada murid-murid dengan bimbingan guru-guru penasihat..Menurut Santi (2002), terdapat beberapa petua untuk menyampaikan visi dengan baik iaitu memberitahu secara langsung, jelas dan konsisiten. Memmberitahu keadaan semasa yang sebenar. Menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dirunding. Memberikan gambaran terperinci tetapi janganlah terlalu banyak.
Kesannya guru-guru telah menyatakan dengan jelas mengenai misi dan visi sekolah dalam setiap program yang dijalankan di sekolah. Malah program-program yang dilaksanakan juga adalah demi merealisasikan misi dan visi sekolah. Sebagai contohnya dalam program pembinaan insan pada setiap pagi jumaat. Guru telah meletakkan misi meningkatkan tahap sahsiah pelajar melalui program pembinaan insan ini. Misi telah dapat membantu sekolah mencapai visinya untuk menjadi sekolah cemerlang dari segi sahsiah pelajarnya. Ini telah terbukti melalui rekod disiplin sekolah yang tercatat dalam laporan SSDM yang mencatatkan tiada pelajar SMK Seri Alam 2 yang dibuang sekolah kerana salahlaku murid dan hanya 2 orang murid yang dibuang sekolah kerana tidak hadir tanpa kenyataan.
Sementara dalam program pemantapan kurikulum seperti program kelas tambahan untuk tingkatan tiga dan lima , program latih tubi masa cuti sekolah dan program headcount yang dijalankan telah berjaya meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2007. (rujuk lampiran l dan 11)
TAHUN PMR SPM
2005 50.0 61.54
2006 51.8 66.67
2007 58.5 84.6
Analisis keputusan PMR dan SPM bagi tahun 2005-2007
Langkah memberi kefahaman yang jelas kepada guru-guru mengenai misi dan visi sekolah telah dapat meningkatkan motivasi guru-guru sehingga semua program yang kami jalankan akan menunjukkan kejayaan yang membanggakan. Bukan itu sahaja malah guru-guru yang mempunyai misi dan visi yang jelas ini telah menunjukkan motivasi yang tinggi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seharian mereka . Ini dapat dilihat melalui program pemantauan berkala yang pihak sekolah telah jalankan menunjukkan markah pemantauan pengajaran dan pembelajaran menunjukan peningkatan yang semakin baik.
Kesan positif daripada kefahaman yang jelas mengenai visi dan misi ini juga telah menyuntik semangat guru-guru dalam bidang kokurikulum sehingga mendorong guru-guru bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah dan peringkat daerah dan negeri. Semakin banyak permainan dan kelab bergerak aktif sehingga menyertai pertandingan di peringkat daerah . Lebih ramai guru-guru yang terlibat dalam sukan anjuran persatuan sukan guru-guru (PSKPP) . Semua ini adalah menunjukkan guru-guru bermotivasi sehingga mereka mempunyai keinginan untuk menaikkan nama sekolah sebagai cerminan bahawa kecermerlangan sekolah.
Melalui langkah memberi kefahaman dan kesedaran yang sebegini , pihak pentadbir sekolah telah melihat kesan yang baik kepada guru-guru kami, dimana mereka kelihatan sentiasa terdorong atau bermotivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh kearah mencapai misi dan visi sekolah. Motivasi secara tidak langsung ini telah sentiasa menjadi bayangan dalam pemikiran bawah sedar guru-guru Sekolah Menengah Seri Alam 2 dan ini akan memudahkan pihak pentadbiran untuk melaksanakan lain-lain program untuk mencapai kecemerlangan . Sekolah yang cemerlang secara tidak langsung telah dapat menonjolkan bahawa profesion keguruan berada ditahap yang tinggi.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

PTK44 : Definisi dan tujuan

2. Definisi dan tujuan

Dari segi terminologinya insentif bermaksud perangsang, penggalak dan pendorong. Mengikut Glasser (1969) insentif merupakan perkara-perkara yang diwujudkan untuk memberikan galakan,dorongan dan stimulasi kepada seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau sasaran.
Ganjaran mengikut Kamus Dewan pula bermaksud sebagai hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-lain). Mengajari pula bermaksud membalas jasa dengan hadiah yang diberikan kepada seseorang secara individu atau kumpulan.
Justeru Glasser (1969) dalam bukunya School without failure, mengatakan bahawa insentif kepada pelajar adalah alat penggerak kepada perlakuan untuk membangkitkan tindakan-tindakan. Begitu juga yang akan berlaku jika para pendidik diberi insentif yang bersesuaian dengan mereka maka mereka akan terdorong untuk melakukan tindakan-tindakan yang positif dalam kerjaya keguruan.
Mengikut Dr. Ahmad Atory Hussin (1996:188) mengatakan motivasi atau dorongan adalah alat penggerak kepada perlakuan untuk membangkitkan tindakan yang berpunca dari satu motif atau beberapa motif. Menurut Lee Sho Mee (1995), motivasi juga merujuk kepada kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat mempengaruhi tingkah lakunya.
3.0 Sejauh mana saya sebagai pemimpin di sekolah memotivasikan para pendidik demi menjayakan matlamat memartabatkan profesion keguruan
Dalam dunia pendidikan yang serba mencabar kini, negara memerlukan para pendidik yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga bermotivasi tinggi. Menurut Abdullah Sani (2005), guru yang mempunyai motivasi tinggi adalah guru yang dinamik, cekap dan sentiasa mempelbagaikan usaha bagi memajukan pengajaran dan pembelajaran. Pada kebiasaannya motivasi yang baik mendorong seseorang itu supaya terus berminat dengan aktiviti atau kerjaya yang mereka ceburi.

Cita-cita untuk mencapai misi dan visi sekolah mestilah dikongsi bersama oleh semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 dan usaha itu juga perlu dibantu dengan adanya guru-guru yang bermotivasi tinggi. Apabila guru-guru ini memburu misi dan visi sekolah maka akhirnya mereka akan menunjukkan kecemerlangan dalam profesion mereka sehingga ia akan meningkatkan martabat keguruan .
Justeru saya sebagai pemimpin pendidikan di sekolah telah berusaha memotivasikan guru-guru supaya memiliki etika guru yang cemerlang . Melalui pelbagai program atau aktiviti kami telah menekankan kepada guru-guru supaya mengapikasikan konsep etika guru cemerlang iatitu menghayati objektif program,membuat perancangan rapi, menunjukkan keterampilan mampan, sistem pemantauan yang berkesan, akhlak mulia, teladan yang baik, bertindak sebagai fasilitaor dan pembimbing serta menerima pelajar seadanya.
Sudah menjadi harapan semua warga pendidik untuk menjadi sebahagian daripada guru-guru yang menyumbang kepada peningkatan martabat keguruan.Guru-guru yang cemerlang sentiasa bermotivasi dan mempunyai pemikiran yang menjurus ke arah hasrat matlamat fokue ke 5, PIPP. Justeru dalam usaha memenuhi cita-cita ini, saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 telah menjalankan langkah-langkah berikut untuk memotivasikan guru-guru di sekolah ini demi menjayakan matlamat memartabatkan profesion keguruan.
1. Misi dan visi sekolah yang jelas dan difahami oleh warga sekolah.
2. Memberi bidang tugas yang jelas kepada guru-guru .
3. Mewujudkan suasana kerja yang kondusif.


4. Mewujudkan peluang meningkatkan profesionalisme.


5. Memberi ganjaran kepada guru-guru .


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

PTK44 : Pengenalan

1. Pengenalan


Lumrah sifat manusia memerlukan pujian dan sanjungan setiap kali selesai melakukan
Sesuatu pekerjaan atau tugasan. Pujian atau sanjungan itu merupakan satu bentuk ganjaran yang sangat memeberi kesan yangg sangat tinggi kepada pekerja tersebut. Justeru mengikut Abdul Razak Inrahim dan Ainin Sulaiman (2000-2019) mengatakan ganjaran bertujuan untuk meningkatkan semangant dan produktiviti pekerja. Mengikut Dr. Ahmad Atory Hussin (1996) mengatakan motivasi atau dorongan adalah alat penggerak kepada perlakuan untuk membangkitkan tindakan yang berpunca dari satu motif atau beberapa motif. Pemberian insentif dan ganjaran yang bertepatan dengan individu tertentu dan pada masa yang tertentu akan dapat meningkatkan motivasi mereka sehingga akan mencapai satu tahap kecemerlangn bekerja dan apabila ini berlaku maka profesion yang mereka ceburi akan dimartabatkan pada tahap yang tinggi.
Martabat keguruan selalu diperkatakan oleh pemimpin organisasi pendidikan. Menurut penyataan dalam fokus memartabatkan profesion keguruan dalam Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) , memartabatkan profesion keguruan adalah meliputi beberapa perkara seperti berikut;
1. Menambahbaik sistem pemilihan calon guru.
2. Memantapkan latihan perguruan
3. Memantapkan kerjaya guru.
4. Menambahbaik persekitaran kerja dan kebajikan guru.
5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Sementara dalam skop di Sekolah Menengah Kebangsaan seri Alam 2, memartabatkan profesion keguruan diterjemahkan sebagai sejauh mana para pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 dapat berkhidmat ke arah menjayakan visi dan misi yang disasarkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 dengan jayanya. Visi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 ialah “ Menjadi sekolah cemerlang di zon pasir gudang pada tahun 2009”. Dalam rangka untuk mencapai misi dan visi ini seharusnya semua guru membudayakan nilai dan etika perkhidamatan awam serta tonggak dua belas yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Apabila ini berlaku maka tercapailah hasrat untuk memartabatkan profesion kegurun. Guru cemerlang dapat dinilai melalui hasil kerja mereka,cara mereka berkomunikasi, potensi diri, sumbangannya kepada kemajuan pendidikan , peribadi terpuji, dan keutuhan serta kemahiran yang dimilikinya.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Bila mata bertentang mata

Bila mata bertentang mata , maka kita pun kena sakit mata sama. Kita selalu lupa nikmat agong dari Allah swt- sepasang mata. kita lupa dengan mata dan keizinannya kita dapat melihat apa saja kita nak lihat. Indahnya dunia ini semuanya bermula dari sepasang mata dan ia akan jadi lebih indah apabila kita tambah penglihatan kita dengan mata hati.
Hari ini aku kena bercuti 2hari jika sembuh, gara-gara sakit mata. Baru ingat betapa besarnya nikmat mata ini, masyallah.Memang manusia mudah lupa.
Orang yang tak pernah kena sakit mata adalah orang yang rugi. Kenapa?. Dia tak rasa apa aku rasa...segalanya pedih, bila sujud- biji mata macam nak tercabut. Dia tak tahu nikmat mata.
Sebab itu Allah jadi "penyakit mata" supaya manusia tahu nikmat penglihatan.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy