Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

PTK 44 : Misi dan Visi Yang Jelas

3.1 Misi dan visi yang jelas dan difahami oleh warga sekolah.

Sebuah sekolah yang berwawasan mesti mempunyai misi dan visi dalam dasar pengurusannya. Misi dan visi inilah yang akan menjadi hala tuju bagi semua warga sekolah samada untuk membangun atau mundur.Menurut Ederis (2004), visi memberi arah tuju oeganisasi, mewujudkan perasaan mampu mengawal keadaan, mendorong warga organisasi supaya memberi pencapaian cemerlang dan menjadikan organisasi kukuh dan berdaya saing tinggi. Seorang pemimpin yang berkarismatik berupaya membuat keputusan dan mempunyai visi untuk memandu organisasinya kearah keadaan yang lebih baik pada masa depan, Ainon Mohd.(2003). Visi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 ialah menjadi sekolah cemerlang di zon Pasir Gudang pada tahun 2009.
.
Misi merupakan pernyataan bagi menyatakan tugas atau peranan organisasi yang perlu dilakukan untuk capai visi organisasi . Ringkasnya misi adalah pernyataan yang menjawab mengapa,untuk apa kewujudan organisasi tersebut, Aminuddun (2005). Misi Sekolah ialah merealisasikan visi SMK Seri Alam 2 dengan;

1.Mengutamakan kecemerlangan akademik dan kokurikulum
2. Menerapkan nilai moral dan disiplin yang tinggi
3. Memantapkan program yang berkualiti
4. Menyediakan prasarana yang selamat,bersih dan ceria
5.Menjalinkan pemuafakatan dengan komuniti
6.Memantapkan budaya ’Sekolahku kebanggaanku’
Misi dan visi Sekolah ini mestilah difahami dengan jelas oleh semua guru di sekolah supaya segala perancangan dan usaha yang dilaksanakan di sekolah ini akan menuju kearah yang sama. Langkah ini akan dapat membentuk satu pasukan rakan sekerja yang dapat bekerja secara sepasukan.
Kami pihak pentadbiran sekolah telah melakukan beberapa langkah untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada guru-guru mengenai misi dan visi Sekolah Menengah Seri Alam 2 . Kami sentiasa menyebutkan misi dan visi sekolah dalam setiap kali ada ruang pertemuan dengan guru-guru seperti mesyuarat, perhimpunan rasmi mingguan , jamuan-jamuan ,mesyuarat agung PIBG , kejohanan sukan tahunan sekolah dan majlis hari terbuka sekolah .Kami sentiasa mendedahkan dan menyiarkan misi dan visi kepada semua warga sekolah melalui poster kecil yang ditampal dan digantung di bilik-bilik pejabat, bilik guru, bilik darjah, di pusat sumber, di bilik-bilik khas dan di dewan,di pondok pengawal keselamatan, di surau sekolah dan di kantin.Menulis misi dan visi sekolah di dinding yang strategik di kawasan sekolah. Ini telah dapat mendedahkan misi dan visi sekolah sentiasa dapat dibaca dan dihayati oleh semua warga sekolah.Kami juga melaksanakan pertandingan melukis poster bertemakan misi dan visi sekolah kepada murid-murid dengan bimbingan guru-guru penasihat..Menurut Santi (2002), terdapat beberapa petua untuk menyampaikan visi dengan baik iaitu memberitahu secara langsung, jelas dan konsisiten. Memmberitahu keadaan semasa yang sebenar. Menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dirunding. Memberikan gambaran terperinci tetapi janganlah terlalu banyak.
Kesannya guru-guru telah menyatakan dengan jelas mengenai misi dan visi sekolah dalam setiap program yang dijalankan di sekolah. Malah program-program yang dilaksanakan juga adalah demi merealisasikan misi dan visi sekolah. Sebagai contohnya dalam program pembinaan insan pada setiap pagi jumaat. Guru telah meletakkan misi meningkatkan tahap sahsiah pelajar melalui program pembinaan insan ini. Misi telah dapat membantu sekolah mencapai visinya untuk menjadi sekolah cemerlang dari segi sahsiah pelajarnya. Ini telah terbukti melalui rekod disiplin sekolah yang tercatat dalam laporan SSDM yang mencatatkan tiada pelajar SMK Seri Alam 2 yang dibuang sekolah kerana salahlaku murid dan hanya 2 orang murid yang dibuang sekolah kerana tidak hadir tanpa kenyataan.
Sementara dalam program pemantapan kurikulum seperti program kelas tambahan untuk tingkatan tiga dan lima , program latih tubi masa cuti sekolah dan program headcount yang dijalankan telah berjaya meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2007. (rujuk lampiran l dan 11)
TAHUN PMR SPM
2005 50.0 61.54
2006 51.8 66.67
2007 58.5 84.6
Analisis keputusan PMR dan SPM bagi tahun 2005-2007
Langkah memberi kefahaman yang jelas kepada guru-guru mengenai misi dan visi sekolah telah dapat meningkatkan motivasi guru-guru sehingga semua program yang kami jalankan akan menunjukkan kejayaan yang membanggakan. Bukan itu sahaja malah guru-guru yang mempunyai misi dan visi yang jelas ini telah menunjukkan motivasi yang tinggi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seharian mereka . Ini dapat dilihat melalui program pemantauan berkala yang pihak sekolah telah jalankan menunjukkan markah pemantauan pengajaran dan pembelajaran menunjukan peningkatan yang semakin baik.
Kesan positif daripada kefahaman yang jelas mengenai visi dan misi ini juga telah menyuntik semangat guru-guru dalam bidang kokurikulum sehingga mendorong guru-guru bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah dan peringkat daerah dan negeri. Semakin banyak permainan dan kelab bergerak aktif sehingga menyertai pertandingan di peringkat daerah . Lebih ramai guru-guru yang terlibat dalam sukan anjuran persatuan sukan guru-guru (PSKPP) . Semua ini adalah menunjukkan guru-guru bermotivasi sehingga mereka mempunyai keinginan untuk menaikkan nama sekolah sebagai cerminan bahawa kecermerlangan sekolah.
Melalui langkah memberi kefahaman dan kesedaran yang sebegini , pihak pentadbir sekolah telah melihat kesan yang baik kepada guru-guru kami, dimana mereka kelihatan sentiasa terdorong atau bermotivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh kearah mencapai misi dan visi sekolah. Motivasi secara tidak langsung ini telah sentiasa menjadi bayangan dalam pemikiran bawah sedar guru-guru Sekolah Menengah Seri Alam 2 dan ini akan memudahkan pihak pentadbiran untuk melaksanakan lain-lain program untuk mencapai kecemerlangan . Sekolah yang cemerlang secara tidak langsung telah dapat menonjolkan bahawa profesion keguruan berada ditahap yang tinggi.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: