Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

TANAH RUNTUH : Polisi

TANAH RUNTUH: KAWASAN BERISIKO
Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh. Cerun atau saliran air. Potongan atau tambakan. Lereng bukit yang sedang dibangunkan.

SEBELUM KEJADIAN TANAH RUNTUH
Tanda - Tanda Tanah Runtuh Pancuran atau resapan di kawasan tanah. Kesan lubang atau rekahan tanah. Tanah berganjak. Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket. Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang. Kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah. Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong. Jajaran barisan pagar berubah. Jalan mendap Pintu atau tingkap sukar ditutup.Persediaan Dapatkan maklumat tentang kawasan tanah runtuh. Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun. Bina tembok penahan atau buat saliran air.

SEMASA KEJADIAN TANAH RUNTUH
Hubungi segera pihak berkuasa. Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda. Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.Di dalam rumah Duduk diam di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.Di luar rumah Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh. Lari ke arah tanah tinggi yang jauh dari bahaya. Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok. Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.

SELEPAS KEJADIAN TANAH RUNTUH
Jauhi kawasan runtuhan. Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit. Beri bantuan kepada jiran dan golongan kurang upaya. Dengar pengumuman radio. Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh. Periksa tapak rumah dan tanah dipersekitaran anda. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam. Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan semula rumah atau bangunan di tapak yang sama.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: