Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

TANAH RUNTUH : Beribu dipindahkan

TANAH RUNTUH : Seramai 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan perumahan bertingkat berhampiran lokasi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah diarahkan supaya berpindah segera.Kor Kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia sedang membuat laluan pejalan kaki bagi tujuan memindahkan penduduk terlibat, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang turut melawat tempat kejadian berkata terdapat penduduk yang masih enggan berpindah. "Kita meminta penduduk berhampiran agar berpindah kerana dilaporkan masih terdapat pergerakan tanah berlaku," katanya. Beliau juga berkata kerajaan Selangor telah menyediakan penempatan sementara untuk menempatkan mereka.Kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa. Mereka yang terperangkap .Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan mana -mana pembangunan dijalankan di kawasan berbukit berisiko tinggi bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berulang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Sehubungan itu, katanya, pemaju diminta jangan lagi menekan kerajaan untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan untuk membangunkan sesuatu projek dikawasan itu."Saya fikir tidak ada alasan lagi untuk jalankan pembangunan di atas tanah yang curam dan tinggi yang berisiko tinggi. Ambil sikap pencegahan adalah lebih baik daripada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku.
Sehingga 10.30 pagi tadi, polis mengesahkan tiga orang telah terkorban dalam kejadian TANAH RUNTUH itu yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa.Kejadian TANAH RUNTUH kira-kira pukul 4 pagi tadi itu berlaku ketika kebanyakan penduduk di kawasan perumahan itu sedang tidur apabila lereng bukit berhampiran runtuh dan menimbuskan banglo-banglo berkenaan.Najib turut meminta supaya kerajaan tidak dipersalahkan sekiranya sesuatu kawasan yang telah tidak dibenarkan dilakukan pembangunan, tidak lagi berisiko selepas ini."Kita terpaksa ambil pendirian kalau terbukti kawasan itu berisiko tinggi. Kalau tidak boleh diterima, mereka yang tinggal di kawasan itu kena terima hakikat bahawa mereka mungkin terdedah kepada bahaya," katanya.

Kerajaan juga telah mengambil langkah memindahkan lebih daripada 2,000 penghuni satu blok kondominium yang terletak berhampiran kawasan kejadian TANAH RUNTUH.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: