Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

TANAH RUNTUH : Manusia cepat lupa

Tanah runtuh, 2 beradik maut

ANGGOTA penyelamat membawa keluar mayat Nurul Intan Sarina Roslan, salah seorang daripada dua mangsa korban tanah runtuh yang menimbus sebuah rumah di Km. 8, Ulu Yam Perdana, Selangor, semalam.
Di HULU SELANGOR pada 30 Nov. – Dua beradik mati tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa sebuah banglo setingkat di Lot 110, Jalan Belida 1, Ulu Yam Perdana, di sini awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, sedang tidur dalam bilik mereka manakala ibu bapa serta tiga adik-beradik yang lain tidur di bilik utama apabila tebing di belakang rumah berkenaan runtuh, lalu menghempap rumah itu yang dibina di kawasan lereng bukit.
Ibu kedua-dua beradik itu, Azizan Madon, 42, berkata, beliau bersama suaminya, Roslan Mohd. Jalil, 49, dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 3, kemudiannya berjaya menyelamatkan diri melalui bumbung rumah.
Pasukan penyelamat hanya berjaya membawa keluar mayat Noratirah pada 12.55 tengah hari manakala adiknya kira-kira pukul 3.25 petang. Difahamkan mayat kedua-dua mangsa tertimbus sedalam 2.3 meter dalam jarak 1.5 meter.
Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian TANAH RUNTUH, Azizan berkata, kejadian TANAH RUNTUH itu hanya disedarinya pada pukul 7 pagi ketika bangun dari tidur.
“Saya rasa bilik tidur saya jadi kecil dan apabila keluar saya dapati bilik belakang tempat dua anak saya telah dihempap tanah.
“Dia hanya berpakaian tidur dan tidak memakai selipar. Saya memang kenal keluarga mangsa, suaminya bekerja sebagai juruterbang FireFly,” katanya.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, Asisten Supritendan Zaldino Zaludin berkata, seramai 140 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat dikerah dalam operasi mencari mayat mangsa yang terperangkap.
Jelasnya, kes itu diklasifikasikan sebagai bencana alam dan mati mengejut akibat TANAH RUNTUH.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: