Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

PTK 44 (gred 4) ; Ringkasan Eksekutif

Ringkasan Eksekutif

Penulisan ini adalah bertujuan menjawab soalan no.2, tugasan individu PTK3 DG44(P&T) bil. 2/2008 iaitu “Sejauh mana anda sebagai pemimpin pendidikan dapat memotivasikan para pendidik demi mencapai matlamat untuk memartabatkan profesion keguruan”.
Memartabatkan profesion keguruan adalah antara fokus dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan negara.Usaha yang boleh dilakukan untuk memotivasikan guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 demi mencapai matlamat memartabatkan profesion keguruan ialah melalui lima langkah berikut,pertama ialah memberi pendedahan, kefahaman dan penghayatan terhadap misi dan vis sekolah kepada warga sekolah. Kedua memberi pengkhususan tugas dan tugas yang jelas kepada guru-guru.Ketiga mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Keempat mewujudkan peluang meningkatkan profesionalisme melalui program perkembangan staf dan kelima memberi insentif dan ganjaran kepada guru-guru.

Langkah-langkah ini telah dilaksanakan dengan jayanya dimana ia telah dapat mendorong para pendidik di sekolah ini untuk mencapai misi dan visi sekolah. Kejayaan yang telah dicapai ini menjadi suatu bukti betapa guru-guru ini mempunyai ciri-ciri guru cemerlang seperti proaktif, sentiasa berusaha memperbaiki kualiti diri , dedikasi, komitmen tinggi, bertindak berdasarkan kajian tindakan dan selaras dengan nilai dan etika perkhidmatan awam. Kuailti para pendidik seumpama ini telah berjaya meningkatkan martabat profesion keguruan kepada suatu tahap yang sangat dibanggakan oleh seluruh warga pendidik.
Bahagian akhir tugasan ini merumuskan mengenai kejayaan yang dicapai oleh penulis selaku pemimpin pendidikan dalam usaha memotivasikan para pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 demi memartabatkan profesion keguruan.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: