Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Kajian Tindakan

1.0 Tajuk Kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA DAN MARITIM MELALUI STRATEGI GAYA VAK


2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pelajar dalam kelas saya terdiri daripada pelajar-pelajar yang sederhana penguasaan akademiknya. Walaupun mereka nampaknya menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas, tetapi pada hakikatnya mereka tidak faham apa yang telah saya sampaikan.

Daripada pemerhatian saya, didapati pelajar-pelajar tersebut bukan saja tidak memahami apa yang saya sampaikan malahan mereka juga seperti tidak berminat dengan mata pelajaran sejarah.

Berdasarkan kepada sesi soal jawab antara saya dengan pelajar-pelajar berkenaan, didapati mereka tidak dapat menguasai sub tajuk Kerajaan Agraria dengan Kerajaan Maritim. Malahan sebahagian besar daripada mereka tidak dapat menyebutkan nama-nama kerajaan yang ada tanpa merujuk buku teks atau buku nota.

Hal ini terjadi disebabkan status saya sebagai Guru Penolong Kanan HEM yang secara automatik sudah menjadi igauan kepada pelajar sebagai guru yang ditakuti kerana boleh menjatuhkan hukuman kepada pelajar. Selain itu saya menyedari semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya tidak mempelbagaikan kaedah dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai bagi membantu pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Disamping itu, pelajar-pelajar berkenaan juga tidak mengulangkaji pelajaran berkaitan di rumah menyebabkan mereka langsung tidak boleh menjawab latihan yang diberikan baik secara lisan mahu pun secara tulisan. Oleh itu langkah segera perlu saya ambil bagi mengatasi masalah tersebut agar pelajar dapat mengusai tajuk berkenaan yang saling berkait dengan tajuk-tajuk berikutnya.


3.0 Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan berfokus kepada meningkatkan penguasaan pelajar untuk membandingkan ciri-ciri Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Perbandingan ini akan dilihat dari sudut lokasi kerajaan-kerajaan tersebut dan jenis-jenis kegiatan kerajaan tersebut.

Bagi tujuan itu, saya akan menggunakan strategi Gaya VAK yang merupakan salah satu komponen dalam modul belajar cara belajar, iaitu penggunaan visual (belajar dengan melihat sesuatu), auditori (belajar dengan mendengar) dan kinestetik (belajar melalui aktiviti berasaskan pengalaman)

Strategi ini memerlukan saya menggunakan pelbagai alat bantu mengajar bagi membantu pelajar saya menguasai tajuk berkenaan.

Ini kerana jika pelajar gagal menguasai tajuk berkenaan, maka pelajar tidak akan mengetahui perkembangan kewujudan kerajaan-kerajaana awal di Asia Tenggara yang merupakan suatu proses evolusi kepada pembentukkan kerajaan yang ada pada hari ini.


4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum

Meningkatkan penguasaan tajuk Kerajaan Agraria dan Maritim melalui strategi metakognitif dan VAK


4.2 Objektif Khusus

4.2.1 Menambahkan pengetahuan pelajar tentang ciri-ciri antara Kerajaan Agraria dengan Kerajaan Maritim

4.2.2 Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran sejarah.ntuk

4.2.3 Meningkatkan amalan penggunaan pelbagai alat bantu mengajar guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.





5.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan 1 Bestari seramai 30 orang. Dilihat dari segi jantina mereka terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Manakala dari segi ras, 23 orang adalah berbangsa Melayu, 5 orang berbangsa Cina dan 2 orang berbangsa India.


6.0 Tindakan Yang Dicadangkan

6.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data melalui pemerhatian yang akan dilakukan oleh saya terhadap pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsungDisamping itu itu juga saya akan menjalan sesi soal jawab dengan pelajar untuk mengetahui sejauh mana penguasaan pelajar terhadap tajuk berkenaan.

6.2 Strategi Visual

6.2.1 Guru akan menggunakan laptop dan LCD untuk membolehkan pelajar melihat bahan pengajaran berkaitan ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim.
6.2.2 Pelajar akan mencatat ciri-ciri kedua-dua bentuk kerajaan tersebut

6.3 Strategi Auditori

6.3.1 Guru akan menerangkan kepada pelajar sekali lagi secara lisan tentang ciri-ciri kerajaan agararia dan maritime
6.3.2 Pelajar akan diminta mendengar dan dan melihat kembali catatan masing-masing

6.4 Strategi Kinestetik

6.4.1 Guru akan membahagikan pelajar kepada lima kumopulan kecil.
6.4.2 Guru akan membawa pelajar ke makmal komputer untuk membuka lelaman web berkaitan ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim
6.4.3 Pelajar akan mencari ciri-ciri kerajaan agararia dan maritime di lelaman web dengan bantuan guru.
6.4.4 Pelajar akan mencatatkan ciri-ciri kerajaan tersebut untuk dibincangkan dalam kumpulan masing-masing dan kemudian akan menerangkan kepada semua pelajar.


7.0 Bahan-Bahan Yang Dicadangkan.

7.1 Laptop dan LCD
7.2 Set soalan untuk sesi soal jawab
7.3 Senarai semak rekod pemerhatian guru
7.4 Senarai semak pencapaian pelajar
7.5 Komputer
7.6 Peta Asia Tenggara








8.0 Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah 2 Februari 2005

2 Merancang tindakan 7 Februari 2005

3 Menulis proposal kajian 14 Februari 2005

4 Menghantar proposal kajian ke JPNJ 23 Februari 2005

5 Memerhati dan menjalankan sesi soal jawab 1 03 Mac 2005

6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 04 Mac 2005

7 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 04 Mac 2005

8 Mengenal pasti masalah yang timbul dalam aktiviti 1 dan 2 06 Mac 2005
9 Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 08 Mac 2005

10 Mengenal pasti masalah yang timbul dalam aktiviti 3 09 Mac 2005

11 Memerhati dan menjalankan sesi soal jawab 2 untuk melihat pencapaian pelajar 11 Mac 2005

12 Refleksi kajian
12 Mac 2005
13 Menulis laporan kajian
14 Mac 2005
14 Menghantar laporan kajian ke JPNJ















9.0 Kos kajian


Bil Jenis bahan Kuantiti x Harga
Seunit Jumlah Kos
1 Ketas A4 2 x 8.00 RM16.00

2 Printer Cartridge 1 x 65.00 RM65.00

3 Buku catatan guru 1 x 4.00 RM 4.00

4 Photostat bahan RM10.00

Jumlah RM95.00































KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN



MENINGKATKAN PENGUASAAN CIRI-CIRI
KERAJAAN AGRARIA DAN MARITIM
PELAJAR TINGKATAN 1 BESTARI
MELALUI STRATEGI GAYA VAK


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: