Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Besarkan dapur dan bilik anak-anak

Pada hari ini Rabu, 9 Jun 2010 aku bagi duit pendahuluan RM4k kepada Endon yang akan melaksanakan projek aku ni. Aku pilih dia sebab dia menawarkan harga yang paling cantik dengan sedikit maklumat tentang beliau.Dengar khabar apa yang dia buat boleh dikatakan 'ok'.

Pada kesokannya dia telah menghantar barang dan kelihatan dia telah 'sub'kan projek tu kepada orang lain, tak cukup tangan katanya. Terpfikir aku sejenak "untung ke dia, dah la ambil murah kini di'sub'kan pula ?". satu hal lagi mesti kualiti yang dia bagi tak standard ni.

setelah 4 hari bekerja terserlah apa yang membuat mereka setuju dengan projek tu, memang kualiti tak baik. Penggunaan simen yang kurang tapi diganti dengan tanah, penggunaan baru kerikel yang minima, buat tiang tank guna batu kerikel, buat bim yang tidak sempurna dan akhir sekali yang paling aku tak boleh tahan dia buat bim untuk lantai tingkat satu tidak dikaitkan dengan besi bim bangunan asal.Macam ni baik tak payah buat bim, tegurku kepada tauke tu. "Engkau kena jawab nanti di akhirat bila kami yang 8 orang ni mati terhempap bangunan yang kau buat tu" tegurku kepada Pak Riyo. Agaknya apa yang ada didalam fikiran Pak Riyo tu "peduli apa aku, yang penting aku dapat duit kamu, akhirat segala...itu belum nampak lagi.Nanti aku bertaubat la". Begitu buruk sangkaku pada Pak Riyo. Sebenarnya Pak Riyo menjanjikan dia akan membetulkan keadaan ini. Ok, kau tunggu apa yang dia janjikan. jika tidak aku tak akan meneruskan projek ni dengan dia.Terpaksa la aku mencari Endon lain pula...biar mahal sedikit asalkan rumah kami selamat diduduki.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: