Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

TK TUAN SUHAIME : BOIKOT KITA MATI

BOIKOT PRODUK AMERIKA ... Kawan kita ni kata habis mati laa kita orang Msia jika boikot produk Amerika terutamanya ubat. Sebab katanya semua ubat di buat oleh Amerika .katanya lagi kalau nak boikot biar semua sekali.

Kalau gitu tak dapat kita menggunakan internet ni sebab semua trafik google yahoo lalu US.

Nantilah tunggu saya bangunkan sistem internet sendiri.

pada saya kalau kita boikot produk Amerika semua pun tak apa..tak mati . Cuma mati kutu jaa, sebab kita dilahirkan dalam pengaruh Amerika...tengok bendera kita pun tiru Amerika.

Saya teringat zaman kanak-kanak dulu, duduk di kg..tak ada bekelan elektrik, tak ada air paip... ubat lagi laa tak pernah jumpa, klinik desa ke, klinik swasta lagi tak pernah dengar. Doktor lagi tak pernah kenal. Masih terbayang dikepala ,abah aku kejut ketika aku nyenyak tidur...dia minta aku temankan gii jemput mak bidan sebab mak aku nak bersalin. kita orang boleh hidup pun sampai la ni. malah emak abah aku pun masih sihat walafiat, adik beradik aku pun masih utuh ada 9 orang dan dah bercucu cicit pun. Hidup mati kita kerana Allah bukan kerana BOIKOT PRODUK AMERIKA.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: