Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Selamat Tahun Baru Islam

Selamat tahun baru islam...sambutan seperti tak disambut oleh umat islam ,apa lagi orang kafir memang tak sambut.
Tapi cuba tunggu seminggu lagi bagaimana mereka menyambut Tahun Baru Masihi ,semua manusia itu sambut, umat melayu paling ramai memenuhi dataran sudah pasti duduk bersila dari sebelum asar , takut tak dapat tempat...hingga dini hari.Apa mereka tunggu...tunggu Jam pekak tu berbunyi untuk melaung.
Seingat akulah budaya tunggu jam pekak tu bunyi pada akhir 80an dulu dilakukan oleh 10-15 orang kutu rayau kota KL . Aku ingat lagi masa tu aku pun lepak kat dataran tu lepas penat berjual di Pasar Tani...Tapi taklah ikut tunggu jam tu...tak masuk akal .
Rupanya sekarang dah jadi satu kewajiban Negara menunggu jam pekak berbunyi.

Tahniah Qeeeeen, anda telah berjaya mendoktrinkan budaya ekau keatas kami umat melayu islam di sini...bayangkan kami cuma hafal bulan masihi tapi bulan islam kami cuma kenal bulan Muharam , Ramadhan dan Syawal saja ...sebab dapat cuti.
Kami malu pakai serban atau kopiah tapi kami lebih bangga pakai booo tai, pakai kot ciptaan enkau orang...nampak gah,
Orang Kami segan berjanggut seperti nabi kami tapi kami berjanggut kerana artis engkau orang berfesyen.
Kami takut belajar makna dan tafsir Al-quran /hadist tapi kami paksa anak kami belajar matematik dan fizik.
Kami marah orang hina nabi kami tapi kami tak kenal pun cara hidup nabi ajar.

Kami tau riba' haram tapi kami amalkan ...kalau tak... tak dapat kami pakai kereta besar ,ya Allah . Mana nak kumpul RM 100,000 ...jadi 'terpaksa' kami jumpa Pak cik Bank, ulama kami kata tak apa sebab dunia dah berubah.Kalau macam tu, macam mana ekonomi nak maju. Riba' ...ala itu dulu, sekarang takrifnya dah lain. Ya ke???

Baru sekarang aku faham makna hadist ...'dunia ibarat penjara bagi mukminin'...dunia ini syurga bagi orang-orang kafir.

Kami lebih kenal Elbert daripada para sahabat mu ya Rasulullah saw,
orang kami lebih suka sistem ekonomi kapitalis daripada sistem ekonomi mu Ya Rasulullah,

Ya Allah pimpinlah aku,keluargaku,rakanku dan umatku ini kearah jalanmu yang lurus supaya kami melakukan lebih dari hanya sekadar sholat 5 waktu ,doa dan berpuasa sahaja ya Allah.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: