Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Perutusan Awal Muharam Awal Tahun Baru Kita

Sempena awal muharam hari ini, jam 9.48 pagi ingin dikogsikan disini kepada pengujung blog ini agar mengambil kesempatan yang ada untuk sama-sama berhijrah .

Berhijrah... banyak jenis hijrah yang boleh kita kiaskan. Disini ingin dikongsikan hijrah pemikiran. Dari pemikiran kufur kepada pemikiran islami.

Kita dah terlalu lama mengumpul maklumat awal untuk membantu kita berfikir sama seperti orang kafir berfikir , bayangkan dari tadika (masa saya dulu tak ada lagi) hingga lulus PhD.

Tanda-tanda orang berfikir seperti orang kufur
contoh;
1. Mempunyai konsep kebahagian itu apabila mereka telah berjaya menjadi pegawai tinggi, berkereta besar, rumah besar, gaji besar, anak besar, isteri besar, wang simpanan berjuta, saham simpan full kouta,kesihatan tip top. Konsep kufur ini melihat kebahagian dan kejayaan itu hanya milik orang-orang kaya. Jadi orang yang naik basikal, duduk di pondok usang dianggap tidak berjaya dan tidak bahagia.

Jadi untuk berhijrah kepada pemikiran islami kena kita letak prinsip bahawa kebahagian itu adalah apabila kehidupan kita ini mendapat keredhaan Allah swt tanpa melihat siapa orang itu samada jutawan atau fakiran atau miskinan. Jadi bukankah adil dikatakan bahawa kebahagian itu boleh dimiliki oleh semua manusia tanpa mengira darjat harta,akademik dsb dengan syarat Allah meredhainya .

2. Mempunyai konsep kejayaan itu adalah seperti Bill Gate, Nicol David , Dato' Lim dan ramai lagi seumpamanya sebagai orang yang berjaya. Sedangkan mereka itu langsung tidak mengenal Allah swt. Jika mereka tetap kafir mereka tidak akan mencium bau syurga. Tahniah diucapkan kepada sdr Yusuf Islam dan MJ kerana telah menemui konsep kejayaan yang hakiki..dah lah kaya , ramai peminat tetapi telah bertauhid kepada Allah swt .

Sebagai pemikir islam kita perlu meletakkan aqidah islam sebagai keutamaan. kejayaan itu apabila akhirnya kita akan dimasukkan ke syurga. Maknanya apa guna kita mencipta nama terbang 24 jam tanpa henti tapi meniggalkan sholat 5 waktu. Apa guna jadi juara dunia dalam sukan guli kalau dilaknat Allah kerana tersingkap aurat.

Alangkah indahnya jika kita boleh berjaya seperti Salehuddin Al Ayubi , tapi kesian bangsanya telah dimalukan sekarang.

Alangkah indahnya jika kita berjaya menyelamatkan ribuan nyawa umat islam yang dihinakan oleh Israil dan tentera kafir...besar cita-cita tu.

Sekian , ini sahaja yang dapat saya kongsi buat awal tahun ini.
Ya Allah tetapkanlah imanku, tebalkanlah aku dengan hidayah dan keredhaan mu.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: