Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Di Manakah Orang Melayu ?

Di manakah agaknya orang melayu ?. Itulah persoalan yang perlu diselesaikan oleh kita.
Semua peniaga orang cina dari yang beli besi buruk sampai yang buka gedung besar.
Bukan setakat di darat, di laut pun orang cina yang kuasai...habis laut tu diblok dengan sebesar-besarnya rumah rakit. Ikan mahal-mahal dibelanya ,ikan merah ,siakap, kerapu...semua harga puluhan ringgit. mujur diberinya makan ikan baja bukan dedak.

Bila kita beli ayam, ladang ayam pun orang cina juga yang buka besar-besar. Dulu sebulan setengah baru dijual sekarang tak tau dimakan apa, sebulan dah sedia dijual...yang peliknya berebut kita beli. Hari-hari penuh KFC dan Mc.B.

Apa lagi, ladang sayur, tebu , jagung , pisang ...semua orang cina taukenya.

Di sekolah cikgu , Melayu paling ramai.
Nabi kata niaga punca 90% rezeki, tapi orang cina yang rialisasikan.

Memang patut pun ada orang melayu hantar anak sekolah di sekolah SJKC.

Selalu kita bagi alasan "mereka boleh laa, membuju lalu melintang patah. Mana ada halal haram". Tapi orang melayu sekarang pun apa kurangnya...buka setakat jadi kaki 4 nombor, malah jadi bomoh nombor tu. Tapi bukan semua melayu macam tu kot.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: