Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Mengapa anda perlu cemerlang PTK

Saya nasihatkan anda supaya berusaha sungguh-sungguh untuk capai keputusan cemerlang dalam PTK .Cuma niatkan untuk meningkatkan ilmu supaya anda dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan lebih yakin. Ilmu memang menjadi satu kefarduan untuk dituntut.

Jika niat kita tulus insyallah pasti tercapai target lulus cemerlang.
Setelah anda mencapai keputusan itu baru anda boleh menikmati faedah sampingan kesan kejayaan itu seperti berpeluang dinaikan pangkat, dinaikkan tangga gaji kalau anda berada di DG44 anda akan menikmati kenaikan gaji seolah-olah anda mendapat anugerah APC setiap bulan . Jadi kenalah bersyukur dan tak perlulah lagi anda bekerja kerana mengharap APC , ia akan lebih nyaman.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Kaya Dan Miskin

Sinetron seberang nampaknya terlalu mementingkan beza antara dua derajat , kaya dan miskin. Apakah itu yang menjadi isu terbesar di sana sehingga ramai penulis skip dan penerbit filem atau drama memilih plot cerita yang hampir sama. Mengaagungkan orang kaya dan menghina orang miskin. Macam juga certa di negara ini.

apakah orang kaya itu benar-benar tinggi derajatnya. Siapa pula yang menentukan derajat itu. Apa standart yang menjadi kayu ukur derajat sesorang itu. Setahu aku manusia ini ciptaan Allah swt jadi sudah pasti dia lah yang layak menentukan kayu ukur kita. Sungguh orang yang paling mulia disisinya adalah yang paling bertakwa bukan yang paling kaya.

Kebiasaanya orang kaya itu, juga kaya dengan hutang dan hutang itu melibatkan riba.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Drama dan Sinetron

Drama dan sinetron bagiku sama saja . Demi menarik penonton, mereka telah mengadunkan pelbagai sketsa yang macam-macam walaupun pada hakikatnya itu semua sangat jarang berlaku dikalangan masyarakat kita.

Babak jenayah, tipu menipu , rogol , dengki mendengki dan berbagai lagi yang nagetif. Kalau ada watak Ustaz , biasa akan ditonjolkan sifat Ustaz yang buruk. Seolah-olah memang ustaz ini memang kerjanya membawa kesesatan. walhal apa yang mereka paparkan dalam drama itu sendiri mengajar penolong menjauhi agama contohnya mengajar pergaulan bebas dan berfikiran terbuka tanpa batas hukum syara'.

Berbanding drama Korea terbitan negara buka Islam tetapi kaya dengan nilai moral , nilai murni dan nilai kasih sayang kekeluargaan dan masyarakat. Mereka menonjolkan plot yang lebih sopan ,tidak terlalu menonjolkan sesuatu yang nagetif .Drama begini juga sebenarnya berjaya menarik ramai peminat drama walaupun mereka tidak faham sepatah haram bahasa Korea.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Memancing Di Kedai dan memancing Di Laut

Petang ini aku sepatutnya sudah gerak ke laut Pontian untuk memancing tetapi malangnya rancangan dibatalkan. Namun aku masih dapat memperoleh ikan segar yang besar seumpama siakap , tengiri dan kaci .

Kos memancing sepatutnya RM50 sekepala dan dengan RM50 juga aku mendapatkan ikan-ikan tadi .Ikan segar yang baru tiba dari Endau, Mersing.

Namun ikan bukan tujuan utama bagi seseorang pemancing tetapi keseronokan menaikan ikan itulah yang ditunggu-tunggu oleh pemancing-pemancing walaupun kami terpaksa duduk setia diatas bot dari pagi hingga petang bahkan kadang sanggup dilanjutkan hingga malam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Besarkan dapur dan bilik anak-anak

Pada hari ini Rabu, 9 Jun 2010 aku bagi duit pendahuluan RM4k kepada Endon yang akan melaksanakan projek aku ni. Aku pilih dia sebab dia menawarkan harga yang paling cantik dengan sedikit maklumat tentang beliau.Dengar khabar apa yang dia buat boleh dikatakan 'ok'.

Pada kesokannya dia telah menghantar barang dan kelihatan dia telah 'sub'kan projek tu kepada orang lain, tak cukup tangan katanya. Terpfikir aku sejenak "untung ke dia, dah la ambil murah kini di'sub'kan pula ?". satu hal lagi mesti kualiti yang dia bagi tak standard ni.

setelah 4 hari bekerja terserlah apa yang membuat mereka setuju dengan projek tu, memang kualiti tak baik. Penggunaan simen yang kurang tapi diganti dengan tanah, penggunaan baru kerikel yang minima, buat tiang tank guna batu kerikel, buat bim yang tidak sempurna dan akhir sekali yang paling aku tak boleh tahan dia buat bim untuk lantai tingkat satu tidak dikaitkan dengan besi bim bangunan asal.Macam ni baik tak payah buat bim, tegurku kepada tauke tu. "Engkau kena jawab nanti di akhirat bila kami yang 8 orang ni mati terhempap bangunan yang kau buat tu" tegurku kepada Pak Riyo. Agaknya apa yang ada didalam fikiran Pak Riyo tu "peduli apa aku, yang penting aku dapat duit kamu, akhirat segala...itu belum nampak lagi.Nanti aku bertaubat la". Begitu buruk sangkaku pada Pak Riyo. Sebenarnya Pak Riyo menjanjikan dia akan membetulkan keadaan ini. Ok, kau tunggu apa yang dia janjikan. jika tidak aku tak akan meneruskan projek ni dengan dia.Terpaksa la aku mencari Endon lain pula...biar mahal sedikit asalkan rumah kami selamat diduduki.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy