Betul kata pepapatah hanya Jauhari yang mengenal manikam , hari ini kami yang ingin menempa nama sebagai sebuah organisasi yang berwatak telah membiarkan seorang warga yang berbakat besar tapi gagal dikenalpasti bakatnya telah disambar oleh organisasi terulung di Malaysia iaitu SMK ALAM SHAH, PUTRA JAYA.
Beliau yang baru setahun jagung dalam perkhidmatan dan kelihatan low proile telah dipandang sebelah mata oleh organisasi lamanya...maklum orang baru yang malu menonjolkan kebolehannya. Mana tak keadaan ini menyebabkan beliau kurang yakin untuk berpindah ke SMK ALAM SHAH itu.
Bak kata pepatah 'tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu' begitu kalau dah rezeki ...belumpun sempat menemui pelanggan di SMK ALAM SHAH, beliau telah ditugaskan mendalami kemahiran berteknologi tinggi di Luar Negara. Wow ! hebat, sungguh tak sangka.
Selamat Maju Jaya ,Mekey Yakin boleh . Jangan lupa cuti nanti kita turun Sungai Nam Heng
Sebutir Mutiara Yang Dibuang
Posted by
dens
Monday, January 5, 2009
at
2:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment