Hari ini aku dapat rahsia umpan udang galah yang katanya pasti gigit.Aku belum cuba lagi jadi belum boleh didedahkan. Nanti aku cuba dulu. Kalau memang berkesan nanti aku ceritakan tapi rahsia tu aku tak beritahu ...dapatkan dalam ebook aku mengenai "Rahsia Memancing Udang". Akan terbit tak lama lagi...tungguuu
I miss u jongkong
Gara-gara isteriku ajak balik Benut, aku terpaksa merindui denyutan si jongkong .Apa nak buat dah 3 trip dalam bulan ni aku ke sungai, tiba giliran ambil hati isteri woi...kalau tak habis jorang aku dijualnya. Itulah dalam kehidupan kita ni kita kena pandai mengagihkan masa.
Seperti hobi .Dosamping hobi kita kena ambil peluang yang ada untuk mencari dana tambahan supaya belanja kita memenuhi hobi itu akan jadi percuma. Tapi bagaimana... Tunggu ebook , Rahsia dapat duit melalui hobi anda.
Udang Galah Lagi
Nampaknya ahli kelab jongkong bertambah lagi seorang. Pandai betul tekong jongkong promote aktiviti. Mula kawan join cuma dua orang. Masuk kawan jadi tiga . Sekarang bulan julai 08 ahli dah jadi 8 orang. Letih sungguh badan dibuatnya.
Apa yang peliknya semasa diatas bot syok sungguh, masing-masing lupa diri, lupa daratan. Macam nak tidur atas bot. Tapi bila dah sampai rumah penat amat. Ada jin udang laa agaknya.

