Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Memancing Di Kedai dan memancing Di Laut

Petang ini aku sepatutnya sudah gerak ke laut Pontian untuk memancing tetapi malangnya rancangan dibatalkan. Namun aku masih dapat memperoleh ikan segar yang besar seumpama siakap , tengiri dan kaci .

Kos memancing sepatutnya RM50 sekepala dan dengan RM50 juga aku mendapatkan ikan-ikan tadi .Ikan segar yang baru tiba dari Endau, Mersing.

Namun ikan bukan tujuan utama bagi seseorang pemancing tetapi keseronokan menaikan ikan itulah yang ditunggu-tunggu oleh pemancing-pemancing walaupun kami terpaksa duduk setia diatas bot dari pagi hingga petang bahkan kadang sanggup dilanjutkan hingga malam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Besarkan dapur dan bilik anak-anak

Pada hari ini Rabu, 9 Jun 2010 aku bagi duit pendahuluan RM4k kepada Endon yang akan melaksanakan projek aku ni. Aku pilih dia sebab dia menawarkan harga yang paling cantik dengan sedikit maklumat tentang beliau.Dengar khabar apa yang dia buat boleh dikatakan 'ok'.

Pada kesokannya dia telah menghantar barang dan kelihatan dia telah 'sub'kan projek tu kepada orang lain, tak cukup tangan katanya. Terpfikir aku sejenak "untung ke dia, dah la ambil murah kini di'sub'kan pula ?". satu hal lagi mesti kualiti yang dia bagi tak standard ni.

setelah 4 hari bekerja terserlah apa yang membuat mereka setuju dengan projek tu, memang kualiti tak baik. Penggunaan simen yang kurang tapi diganti dengan tanah, penggunaan baru kerikel yang minima, buat tiang tank guna batu kerikel, buat bim yang tidak sempurna dan akhir sekali yang paling aku tak boleh tahan dia buat bim untuk lantai tingkat satu tidak dikaitkan dengan besi bim bangunan asal.Macam ni baik tak payah buat bim, tegurku kepada tauke tu. "Engkau kena jawab nanti di akhirat bila kami yang 8 orang ni mati terhempap bangunan yang kau buat tu" tegurku kepada Pak Riyo. Agaknya apa yang ada didalam fikiran Pak Riyo tu "peduli apa aku, yang penting aku dapat duit kamu, akhirat segala...itu belum nampak lagi.Nanti aku bertaubat la". Begitu buruk sangkaku pada Pak Riyo. Sebenarnya Pak Riyo menjanjikan dia akan membetulkan keadaan ini. Ok, kau tunggu apa yang dia janjikan. jika tidak aku tak akan meneruskan projek ni dengan dia.Terpaksa la aku mencari Endon lain pula...biar mahal sedikit asalkan rumah kami selamat diduduki.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Blog Berserabut

Memang betul pun ini berserabut, maklum pengalaman pertama buat blog dengan template upload sendiri. Bukan yang disediakan oleh blogger.

Lepas saya sumbat semua idea dan link affiliate yang saya ada ,ya lah manalah tahu ada pembaca yang ingin Selain tu blog ini saya jadikan induk dan stor bagi produk yang saya ada terutama peluang affiliate. Senang nak cari .

Saya minta maaflah kepada pembaca kerana merasakan betapa berserabutnya blog ini, rasanya beginilah yang ada dalam minda penulisnya .

ok sekian terima kasih je


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Sesat Di Hutan Internet


Sudah lama saya tinggalkan blog ini .Ini semua gara-gara sesat di hutan internet. Ke sana ke mari tapi apa yang dicari. Masih tercari-cari. Jauh ku pergi namun masih belum sampai di destinasi yang hakiki. Bagaimana nak sampai ke destinasi kalau tidak ditetapkan apakah namanya destinasinya itu. Peta jauh sekali.

Nasihat saya kepada newbe
1. anda lihat secara global bidang-bidang dalam internet ini.
2. Pilih beberapa bidang sahaja yang anda minati dan kaji secara terperinci.
3. Pilih satu sahaja dan anda kerjakan sehingga berhasil.
4. Janganlah anda mengkaji yang lain lagi, nanti anda akan sesat jalan dan tak jumpa jalan kembali dan yang sedih sekali anda buang masa. Anda jadi profesor serba tahu tetapi anda tidak dapat income apa-apa.
5. Selagi anda belum berhasil dari projek tadi jangan hirau apa orang lain kata walaupun mereka dapat income beribu ringgit.
6. Anda perlu fokus kepada satu bidang atau cabang dahulu sehingga berhasil dan kalau anda master tentang bidang itu lagi bagus.
7. Anda diingatkan juga jangan terlalu banyak beli ebook kerana nanti anda akan mengalami masalah overload dan yang sedihnya anda tak terbaca apa nak buat , jauh sekali.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Sehari di air terjun


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy