Dapatkan Videousahawan

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Fatwa Ayatollah Ali Vs Arahan Khalifah

TEHERAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa kepada penduduk Muslim di seluruh dunia supaya mempertahankan Palestin daripada serangan Israel

Begitulah petikkan Berita harian semalam.
Bila terbaca berita itu berbagai persoalan timbul dalam kotak minda ini;
1. Dia ada tentera dan kekuatan kenapa tak dia bertindak dulu ?
2. Umat islam mana yang nak menyahut seruan fatwa dia...kalau ada pun dari Iran, Iraq dan orang fahaman syiah. Sebab dia cuma berpengaruh di Iran sahaja.
3. Teringat saya pada saya kes sejarah islam di zaman Khalifah Al Muktasim dimana beliau telah mengarahkan tenteranya menyerang kerajaan Rom ( Segagah US) hanya kerana seorang muslimah dimalukan oleh orang Rom...(kalau salah tolong betulkan,dah lama... lupa).
4. Apa kata kita hantar ahli pakeda Malaysia ...jangan gah di Flat aja.
5. Kalaulah umat islam hari ini dipimpin oleh seorang khalifah pasti arahannya akan dipatuhi oleh 2 billion umat islam...habis terbenam israil pemusnah itu dipijak .


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Perutusan Awal Muharam Awal Tahun Baru Kita

Sempena awal muharam hari ini, jam 9.48 pagi ingin dikogsikan disini kepada pengujung blog ini agar mengambil kesempatan yang ada untuk sama-sama berhijrah .

Berhijrah... banyak jenis hijrah yang boleh kita kiaskan. Disini ingin dikongsikan hijrah pemikiran. Dari pemikiran kufur kepada pemikiran islami.

Kita dah terlalu lama mengumpul maklumat awal untuk membantu kita berfikir sama seperti orang kafir berfikir , bayangkan dari tadika (masa saya dulu tak ada lagi) hingga lulus PhD.

Tanda-tanda orang berfikir seperti orang kufur
contoh;
1. Mempunyai konsep kebahagian itu apabila mereka telah berjaya menjadi pegawai tinggi, berkereta besar, rumah besar, gaji besar, anak besar, isteri besar, wang simpanan berjuta, saham simpan full kouta,kesihatan tip top. Konsep kufur ini melihat kebahagian dan kejayaan itu hanya milik orang-orang kaya. Jadi orang yang naik basikal, duduk di pondok usang dianggap tidak berjaya dan tidak bahagia.

Jadi untuk berhijrah kepada pemikiran islami kena kita letak prinsip bahawa kebahagian itu adalah apabila kehidupan kita ini mendapat keredhaan Allah swt tanpa melihat siapa orang itu samada jutawan atau fakiran atau miskinan. Jadi bukankah adil dikatakan bahawa kebahagian itu boleh dimiliki oleh semua manusia tanpa mengira darjat harta,akademik dsb dengan syarat Allah meredhainya .

2. Mempunyai konsep kejayaan itu adalah seperti Bill Gate, Nicol David , Dato' Lim dan ramai lagi seumpamanya sebagai orang yang berjaya. Sedangkan mereka itu langsung tidak mengenal Allah swt. Jika mereka tetap kafir mereka tidak akan mencium bau syurga. Tahniah diucapkan kepada sdr Yusuf Islam dan MJ kerana telah menemui konsep kejayaan yang hakiki..dah lah kaya , ramai peminat tetapi telah bertauhid kepada Allah swt .

Sebagai pemikir islam kita perlu meletakkan aqidah islam sebagai keutamaan. kejayaan itu apabila akhirnya kita akan dimasukkan ke syurga. Maknanya apa guna kita mencipta nama terbang 24 jam tanpa henti tapi meniggalkan sholat 5 waktu. Apa guna jadi juara dunia dalam sukan guli kalau dilaknat Allah kerana tersingkap aurat.

Alangkah indahnya jika kita boleh berjaya seperti Salehuddin Al Ayubi , tapi kesian bangsanya telah dimalukan sekarang.

Alangkah indahnya jika kita berjaya menyelamatkan ribuan nyawa umat islam yang dihinakan oleh Israil dan tentera kafir...besar cita-cita tu.

Sekian , ini sahaja yang dapat saya kongsi buat awal tahun ini.
Ya Allah tetapkanlah imanku, tebalkanlah aku dengan hidayah dan keredhaan mu.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

TUANKU JAAFAR MANGKAT

Sembah takziah ke atas kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Kepada warga negeri sembilan salam takziah diucapkan, semoga dengan perlantikkan yang dipertuan besar yang baru akan dapat menghapuskan imen NS sebagai antara pengeluar babi terbesar di Malaysia.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Selamat Tahun Baru Islam

Selamat tahun baru islam...sambutan seperti tak disambut oleh umat islam ,apa lagi orang kafir memang tak sambut.
Tapi cuba tunggu seminggu lagi bagaimana mereka menyambut Tahun Baru Masihi ,semua manusia itu sambut, umat melayu paling ramai memenuhi dataran sudah pasti duduk bersila dari sebelum asar , takut tak dapat tempat...hingga dini hari.Apa mereka tunggu...tunggu Jam pekak tu berbunyi untuk melaung.
Seingat akulah budaya tunggu jam pekak tu bunyi pada akhir 80an dulu dilakukan oleh 10-15 orang kutu rayau kota KL . Aku ingat lagi masa tu aku pun lepak kat dataran tu lepas penat berjual di Pasar Tani...Tapi taklah ikut tunggu jam tu...tak masuk akal .
Rupanya sekarang dah jadi satu kewajiban Negara menunggu jam pekak berbunyi.

Tahniah Qeeeeen, anda telah berjaya mendoktrinkan budaya ekau keatas kami umat melayu islam di sini...bayangkan kami cuma hafal bulan masihi tapi bulan islam kami cuma kenal bulan Muharam , Ramadhan dan Syawal saja ...sebab dapat cuti.
Kami malu pakai serban atau kopiah tapi kami lebih bangga pakai booo tai, pakai kot ciptaan enkau orang...nampak gah,
Orang Kami segan berjanggut seperti nabi kami tapi kami berjanggut kerana artis engkau orang berfesyen.
Kami takut belajar makna dan tafsir Al-quran /hadist tapi kami paksa anak kami belajar matematik dan fizik.
Kami marah orang hina nabi kami tapi kami tak kenal pun cara hidup nabi ajar.

Kami tau riba' haram tapi kami amalkan ...kalau tak... tak dapat kami pakai kereta besar ,ya Allah . Mana nak kumpul RM 100,000 ...jadi 'terpaksa' kami jumpa Pak cik Bank, ulama kami kata tak apa sebab dunia dah berubah.Kalau macam tu, macam mana ekonomi nak maju. Riba' ...ala itu dulu, sekarang takrifnya dah lain. Ya ke???

Baru sekarang aku faham makna hadist ...'dunia ibarat penjara bagi mukminin'...dunia ini syurga bagi orang-orang kafir.

Kami lebih kenal Elbert daripada para sahabat mu ya Rasulullah saw,
orang kami lebih suka sistem ekonomi kapitalis daripada sistem ekonomi mu Ya Rasulullah,

Ya Allah pimpinlah aku,keluargaku,rakanku dan umatku ini kearah jalanmu yang lurus supaya kami melakukan lebih dari hanya sekadar sholat 5 waktu ,doa dan berpuasa sahaja ya Allah.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Gaza dibom; umat islam dilanyak kita membisu

Gaza dibom... ramainya saudara kita mati dibunuh oleh musuh Allah swt, hari tu dikepong sehingga terpaksa makan rumput. Sekarang dibom pulak.
Sedih sungguh saya mendengar berita ni, nak tolong kita org cuma ada batu ladung ja. Nampaknya doa saja yg dapat kami buat.
Dalam minda tertanya-tanya bilakah umat islam yang ada kekautan tentera nak tolong Umat islam Gaza ni. Kalau di Gaza bukan umat islam , pasti ramai yang tolong .
Ya Allah apa nak jadi dengan umat kami ini ya Allah...
Tapi aku pasti ya Allah bahawa kau akan turunkan tenteramu nanti...dan sejarah kehancuran musuh mu akan berulang lagi.
Pagar tembok yang kukuh yang mereka bina sebenarnya hanya untuk memudahkan mereka dimusnahkan olehmu ya Allah, sesungguhnya dikau sebaik-baik yang merancang. Hentilan bom Gaza, Jangan bom Gaza!.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy