Saya nasihatkan anda supaya berusaha sungguh-sungguh untuk capai keputusan cemerlang dalam PTK .Cuma niatkan untuk meningkatkan ilmu supaya anda dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan lebih yakin. Ilmu memang menjadi satu kefarduan untuk dituntut.
Jika niat kita tulus insyallah pasti tercapai target lulus cemerlang.
Setelah anda mencapai keputusan itu baru anda boleh menikmati faedah sampingan kesan kejayaan itu seperti berpeluang dinaikan pangkat, dinaikkan tangga gaji kalau anda berada di DG44 anda akan menikmati kenaikan gaji seolah-olah anda mendapat anugerah APC setiap bulan . Jadi kenalah bersyukur dan tak perlulah lagi anda bekerja kerana mengharap APC , ia akan lebih nyaman.
Mengapa anda perlu cemerlang PTK
Kaya Dan Miskin
Sinetron seberang nampaknya terlalu mementingkan beza antara dua derajat , kaya dan miskin. Apakah itu yang menjadi isu terbesar di sana sehingga ramai penulis skip dan penerbit filem atau drama memilih plot cerita yang hampir sama. Mengaagungkan orang kaya dan menghina orang miskin. Macam juga certa di negara ini.
apakah orang kaya itu benar-benar tinggi derajatnya. Siapa pula yang menentukan derajat itu. Apa standart yang menjadi kayu ukur derajat sesorang itu. Setahu aku manusia ini ciptaan Allah swt jadi sudah pasti dia lah yang layak menentukan kayu ukur kita. Sungguh orang yang paling mulia disisinya adalah yang paling bertakwa bukan yang paling kaya.
Kebiasaanya orang kaya itu, juga kaya dengan hutang dan hutang itu melibatkan riba.
Drama dan Sinetron
Drama dan sinetron bagiku sama saja . Demi menarik penonton, mereka telah mengadunkan pelbagai sketsa yang macam-macam walaupun pada hakikatnya itu semua sangat jarang berlaku dikalangan masyarakat kita.
Babak jenayah, tipu menipu , rogol , dengki mendengki dan berbagai lagi yang nagetif. Kalau ada watak Ustaz , biasa akan ditonjolkan sifat Ustaz yang buruk. Seolah-olah memang ustaz ini memang kerjanya membawa kesesatan. walhal apa yang mereka paparkan dalam drama itu sendiri mengajar penolong menjauhi agama contohnya mengajar pergaulan bebas dan berfikiran terbuka tanpa batas hukum syara'.
Berbanding drama Korea terbitan negara buka Islam tetapi kaya dengan nilai moral , nilai murni dan nilai kasih sayang kekeluargaan dan masyarakat. Mereka menonjolkan plot yang lebih sopan ,tidak terlalu menonjolkan sesuatu yang nagetif .Drama begini juga sebenarnya berjaya menarik ramai peminat drama walaupun mereka tidak faham sepatah haram bahasa Korea.
Memancing Di Kedai dan memancing Di Laut
Petang ini aku sepatutnya sudah gerak ke laut Pontian untuk memancing tetapi malangnya rancangan dibatalkan. Namun aku masih dapat memperoleh ikan segar yang besar seumpama siakap , tengiri dan kaci .
Kos memancing sepatutnya RM50 sekepala dan dengan RM50 juga aku mendapatkan ikan-ikan tadi .Ikan segar yang baru tiba dari Endau, Mersing.
Namun ikan bukan tujuan utama bagi seseorang pemancing tetapi keseronokan menaikan ikan itulah yang ditunggu-tunggu oleh pemancing-pemancing walaupun kami terpaksa duduk setia diatas bot dari pagi hingga petang bahkan kadang sanggup dilanjutkan hingga malam.
Besarkan dapur dan bilik anak-anak
Pada hari ini Rabu, 9 Jun 2010 aku bagi duit pendahuluan RM4k kepada Endon yang akan melaksanakan projek aku ni. Aku pilih dia sebab dia menawarkan harga yang paling cantik dengan sedikit maklumat tentang beliau.Dengar khabar apa yang dia buat boleh dikatakan 'ok'.
Pada kesokannya dia telah menghantar barang dan kelihatan dia telah 'sub'kan projek tu kepada orang lain, tak cukup tangan katanya. Terpfikir aku sejenak "untung ke dia, dah la ambil murah kini di'sub'kan pula ?". satu hal lagi mesti kualiti yang dia bagi tak standard ni.
setelah 4 hari bekerja terserlah apa yang membuat mereka setuju dengan projek tu, memang kualiti tak baik. Penggunaan simen yang kurang tapi diganti dengan tanah, penggunaan baru kerikel yang minima, buat tiang tank guna batu kerikel, buat bim yang tidak sempurna dan akhir sekali yang paling aku tak boleh tahan dia buat bim untuk lantai tingkat satu tidak dikaitkan dengan besi bim bangunan asal.Macam ni baik tak payah buat bim, tegurku kepada tauke tu. "Engkau kena jawab nanti di akhirat bila kami yang 8 orang ni mati terhempap bangunan yang kau buat tu" tegurku kepada Pak Riyo. Agaknya apa yang ada didalam fikiran Pak Riyo tu "peduli apa aku, yang penting aku dapat duit kamu, akhirat segala...itu belum nampak lagi.Nanti aku bertaubat la". Begitu buruk sangkaku pada Pak Riyo. Sebenarnya Pak Riyo menjanjikan dia akan membetulkan keadaan ini. Ok, kau tunggu apa yang dia janjikan. jika tidak aku tak akan meneruskan projek ni dengan dia.Terpaksa la aku mencari Endon lain pula...biar mahal sedikit asalkan rumah kami selamat diduduki.
Blog Berserabut
Memang betul pun ini berserabut, maklum pengalaman pertama buat blog dengan template upload sendiri. Bukan yang disediakan oleh blogger.
Lepas saya sumbat semua idea dan link affiliate yang saya ada ,ya lah manalah tahu ada pembaca yang ingin Selain tu blog ini saya jadikan induk dan stor bagi produk yang saya ada terutama peluang affiliate. Senang nak cari .
Saya minta maaflah kepada pembaca kerana merasakan betapa berserabutnya blog ini, rasanya beginilah yang ada dalam minda penulisnya .
ok sekian terima kasih je
Sesat Di Hutan Internet

Sudah lama saya tinggalkan blog ini .Ini semua gara-gara sesat di hutan internet. Ke sana ke mari tapi apa yang dicari. Masih tercari-cari. Jauh ku pergi namun masih belum sampai di destinasi yang hakiki. Bagaimana nak sampai ke destinasi kalau tidak ditetapkan apakah namanya destinasinya itu. Peta jauh sekali.
Nasihat saya kepada newbe
1. anda lihat secara global bidang-bidang dalam internet ini.
2. Pilih beberapa bidang sahaja yang anda minati dan kaji secara terperinci.
3. Pilih satu sahaja dan anda kerjakan sehingga berhasil.
4. Janganlah anda mengkaji yang lain lagi, nanti anda akan sesat jalan dan tak jumpa jalan kembali dan yang sedih sekali anda buang masa. Anda jadi profesor serba tahu tetapi anda tidak dapat income apa-apa.
5. Selagi anda belum berhasil dari projek tadi jangan hirau apa orang lain kata walaupun mereka dapat income beribu ringgit.
6. Anda perlu fokus kepada satu bidang atau cabang dahulu sehingga berhasil dan kalau anda master tentang bidang itu lagi bagus.
7. Anda diingatkan juga jangan terlalu banyak beli ebook kerana nanti anda akan mengalami masalah overload dan yang sedihnya anda tak terbaca apa nak buat , jauh sekali.
Jangan Lari Dari Masalah
Masalah . Jangan lari dari dari masalah tapi hadapilah ia sehingga timbul pula masalah lain .Masalah itu penyeri kehidupan kita ibarat garam dalam masakan atau lada dalam asam pedas. Bukan asam pedas jika tiada lada dan tidak dihabiskan masakan jika tiada garamnya.
Jadi masalah memang kita kena selesaikan
lagi pun kita perlu anggap masalah itu adalah ujian dari Allah swt, makin besar masalah itu makin besar pahala dan darjat kita disisinya. itupun jika kita mampu selesaikan dengan hikmah tanpa keluh kesah tanpa melanggar hukum syara'.
Masalah itu ujian dari Allah, sebab itu kemana pun kita lari ia pasti menunggu kita.
Pemancing : Apa yang dicari ?
Apa sebenarnya yang dicari oleh pemancing ? Ikan atau sebuah kepenatan atau apa ?.
Niat asal memancing untuk cari ikan tapi
untuk sekian kalinya gi mancing ikan yang dicari tak juga memadai dengan tenaga
atau kos yang di belanjakan.
Jadi memancing bukan untuk mencari ikan .
Sebenarnya yang dicari oleh pemancing adalah kepuasan menaikkan ikan, keseronokan berpesiaran disungai dengan bot dan keindahan pemandangan disungai dan laut. itu ja.
Jangan cerita 'untung' dalam urusan memancing.
Memancing hanya sekadar hobi orang-orang berduit yang ingin membina sikap sabar.
Bayangkan setengah hari dok ngunggu jorang di tarik oleh makhluk didasar air namun tak ditarik juga...tengok jam dah jam12.00 thari. aduuuh sabarnya.ke tepi dah ke tengah dah, umpan ruat dah umpan ikan pun sudah .
Orang yang tidak sabar pasti akan meninggalkan hobi ini.
Memanang patut kalau ada orang yang memandang serong pada pemancing.
Tapi jika diteliti banyak pengajaran kita boleh belajar disini
belajar memahami kesabaran , konsep rezeki allah yang beri, menghargai usaha nelayan , memahami hati budi nelayan , ...
Malaysia Kalah Lagi
MALAYSIA DIKALAHKAN ARAB SAUDI 0-5, kalah lagi ,kalah lagi
Peminat hampa , hampa dan hampa. MALAYSIA KALAH LAGI
Memang mudah kita menonton... orang yang main dah tak terkata apa-apa.
Dah memang itu kemampuan pemain MALAYSIA nak buat macam mana. Cuba bagi peluang kepada penonton bentuk team ...beri dia masa berlatih selama yang mereka mau.Kemudian lawan dengan team Malaysia yang kalah tu dan ambil penonton yang paling banyak cakap jadi juru latih mereka . Kita sam-sama tengok aapa jadi .
MALAYSIA KALAH LAGI
Langkah ke 2, kita ikut langkah seperti Amerika atau Singapura . Kita beli dan offer kerakyatan kepada 4 atau 6 orang pemain Brazil ke, Ghana ke, Nigeria ke atau Turki ke .
1 - penyerang, 1 mid , 1 gk , 2 defender, 1 winger
Langkah ke 3, kita hantar semua player itu ke Gaza jadi sukarelawan lawan tentera Israel. Kita bubarkan saj team bolasepak dan tutup semua padang bola kita jadikan tapak tanam buah-buahan. Tak payah cerita pasal bola sepak.Sebab bola sepak hanya permainan orang tak sihat...apa taknya satu bola dikejar 22 orang.
saya dah hidup 44 tahun belum sekalipun team Malaysia layak ke Piala Dunia , buang masa nak kejar piala dunia. Saya rasa sampai kiamat team Malaysia tak jejak Piala Dunia kecuali ikuti langkah no. 2 tadi. MALAYSIA KALAH LAGI
OBAMA JADI PRESEDENT USA
OBAMA akhirnya jadi Presedent Amerika Syarikat.
Seribu persoalan timbul...
Berapa lama OBAMA akan memerintah si kulit putih ?
Adakah OBAMA mampu sempat menghabiskan sepenggal memerintah?
Adakah OBAMA akan mengubah dunia kapitalis ?
Adakah OBAMA berbeza dengan BUSH ?
Adakah OBAMA akan mengubah Amerika ?
Siapakah tulangbelakang OBAMA ?
Siapakah rakan OBAMA ?
Siapakah musuh OBAMA ?
Mampukah OBAMA mengubat sistem kapitalis yang sudah bobrok ?
Mampukah OBAMA menghalang munculnya sebuah sistem KHILAFAH ISLAMIAH?
Siapapun yang memerintah Amerika ia tidak akan mengubah apa-apa sebab sistem yang dipikulnya adalah dilahirkan oleh ideologi kapilaisme .Selamat jalan OBAMA
JUARA LAGU 2009
JUARA LAGU 2009... SETIAP TAHUN tv3 MENGANJURKAN JUARA LAGU.
CUMA TAHUN INI AGAK BERBEZA . BEZANYA TAHUN INI JUARA LAGU DIMULAKAN
DENGAN ALFATIHA UNTUK MANGSA KEBUASAN ISRAEL.
Apa nak jadi dengan kita ni, adakah cukup sekadar baca alfatiha untuk Gaza.
Mereka telah menderita sejak 1948 lagi, dah beribu rundingan yang hanya untuk memperenda umat Islam.
Pemimpin Mereka dan kita telah mengkhianati tanggungjawab sebagai pembela agama Allah.
Maka kita pun didodoi dengan JUARA LAGU saban tahun.
Sudah hilangkan keinginan sahid ,
Sudah tidak berharga lagikah sebuah sahid
Tapi janji Allah pasti benar,
adakah golongan yang Allah maksudkan itu Hamas,
Kalau ya,
Pasti Israel akan berputih mata
Kenapa tidak dibatalkan saja JUARA LAGU sebagai tanda protes Israel.
JANGAN BERSEDIH LAGI
Ya, kesedihan terhadap hal yang sudah pasti,
tidak mungkin dapat ditolak,
sebagaimana kerelaan terhadapnya,
tidak menyebabkan hal itu tidak akan berlaku.
Maka mengapakah kita mesti memberi ruang bagi kegelisahan ?
Apakah kita memang ingin membiarkan diri kita tenggelam dalam kesengsaraan ?
Apabila jawapannya tidak,
maka jauhkan dan tinggalkan segera kegelisahan
APALAH SANGAT DUNIA INI
Dailog si Perkasa di sana...
"Saya adalah Fulan yang berusia sekian tahun.
Aku telah membangun seribu kota.
Kekayaku tak terpikul.
Pangkat kuasaku tiada taranya.
Adapun keadaanku kini,
debu telah menjadi tempat tidurku,
bebatu menjadi bantalku,
serta cacing dan ular adalah tetangga-tetanggaku.
Siapa pun yang mengunjungiku,
maka janganlah ia TERTIPU dengan dunia ini".